MPP UiTM FORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MPP UiTM FORUM

Forum MPP UiTM ini merupakan satu lagi wadah perantaraan untuk seluruh warga UiTM menyalurkan pendapat dan cadangan serta merapatkan ukhwah antara satu sama lain.
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 HALA TUJU MPP

Go down 
AuthorMessage
WJN




Posts : 1
Join date : 2009-11-01

HALA TUJU MPP Empty
PostSubject: HALA TUJU MPP   HALA TUJU MPP I_icon_minitimeSun Nov 01, 2009 8:21 pm

Salam untuk semua terutama MPP & rakan2 mantan MPP...

Apakah peranan MPP? Bukankah MPP merupakan satu badan yang mewakili pelajar yakni memperjuangkan hak pelajar? Sekiranya pengertian saya salah sila perbetulkan terutamanya MPP yang memegang jawatan untuk sesi 2008/2009. Saya sedih bila ramai rakan-rakan yang lain memperlekehkan institusi MPP yang dulunya merupakan badan yang amat di segani mahasiswa dan mahasiswi kerana badan inilah yang berperanan menyampaikan wadah pelajar kepada pihak atasan.

Tetapi hari ini, rakan-rakan yang lain merasakan institusi MPP tidak wujud. Ramai yang melihat ada di kalangan MPP tidak mampu menjalankan tanggungjawab menjadi MPP yakni tidak berani bersuara untuk pelajar. Bahkan ada juga MPP yang menjadi pengampu pihak atasan. Pada saya, perkataan sombong dan berlagak memang sudah menjadi asam garam pada MPP tetapi anda sendiri tau di mana kedudukan sendiri. Ada juga yang menjadi MPP kerana ingin mendapat nama. Bahkan ada MPP yang lupa asal usul dengan melupakan tanggungjawab untuk mempertahankan kebajikan mahasiswa mahasiswi di fakulti sendiri. Bila menjadi MPP ada yang mengabaikan pelajaran. Tidakkah anda sedar bahawa ketika menjadi MPP maka pergerakkan anda menjadi tumpuan? Tidakkah anda malu bila pelajar biasa dapat membuat aktiviti yang mampu memberikan impak yang besar kepada IPT wahima fakulti sendiri tetapi anda sebagai MPP tidak mampu melakukan? Jika anda sebagai MPP tidak mampu bermakna anda tidak layak masuk ke institusi MPP. Tepuk dada, tanya minda.

Inilah yang berlaku pada institusi MPP hari ini. Mungkin kepimpinan MPP pada sesi ini tidak sedar akan permasalahan di kalangan MPP ini. Jangan kita lupa peranan anda sebagai MPP. Baliklah pada pengertian anda sebagai MPP. Jadilah MPP yang dekat di hati pelajar. Perlu ada sikap rendah diri dengan turun sendiri mencari masalah pelajar, jangan duduk goyang kaki menunggu pelajar mencari MPP. MPP juga perlu ada displin yang tinggi. Inilah yang perlu dititik beratkan oleh bakal-bakal pemimpin MPP di sesi yang akan datang berpaksikan tekad tidak takut kehilangan jawatan sekira tidak mampu mempertahankan hak pelajar.

Bukankah MPP mesti berani bersuara untuk mahasiswa? Ingatlah, anda menjadi MPP kerana DI UNDI oleh rakan-rakan mahasiswa yang lain. Jika anda tidak berani bersuara untuk pelajar letaklah jawatan dan jangan berangan untuk menjadi MPP. Jika rakan-rakan MPP mengatakan permasalahan yang saya gariskan di kalangan MPP ini tidak benar, saya mencadangkan MPP mengedar BORANG PENILAIAN MPP di fakulti masing-masing dan kebenaran akan terbukti untuk MPP SESI 2008/2009. Saya dan rakan-rakan yang lain akan menunggu untuk membuat penilaian dengan ikhlas bagi kepentingan institusi MPP dan membersihkan badan tertinggi pelajar yang amat di segani pada masa dulu tetapi kian pudar pada hari ini. Ini adalah di katakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
[justify]
Back to top Go down
 
HALA TUJU MPP
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MPP UiTM FORUM :: Comment :: Komen & aduan-
Jump to: